Saturday, March 3, 2007

Bagaimana set ORDER

Orders and Positions

Apabila hendak mula transaksi kita mesti buat "entry" order. Apabila entry order dilaksanakan,posisi akan jadi "open" dan anda memasuki pasaran. Selepas beberapa lama anada akan laksanakan "exit" order untuk "close" posisi itu. Satu posisi akan jadi "long" (entry order adalah "buy" dan exit order adalah untuk "sell" pasangan matawang) ataupun "short" (entry order adalah untul "sell" dan exit order adalah untuk "buy" pasangan matawang).

Di tempat anda mahu mebuar order, anda mesti letak harga yang anda mahu "buy" atau "sell". Anda perlu jelaskan jenis order dan jumlah urusniaga yang anda mahukan.

Untuk mula, klik screen ORDER, lepas itu klik NEW. Ada 3 jenis order:

Market Order

Maksudnya anda mahu beli buy dengan harga semasa "ask" (atau "offer") , atau jual sell pada harga semasa "bid" price. Contoh, harga samasa matawang yang anda mahu beli adalah 129.34 / 129.38. Ini bermakna ini harga market iaitu market hendak "buy" pada harga 129.34 atau market mahu "sell" harga 129.38.

Stop Order

Ini bermaksud anda hanya mahu beli/atau apabila harga mencecah sesuatu harga yang anda telah tetapkan. Contohnya: jika harga sekarang adalah 129.34 / 129.38 dan anda yakin yang harga akan jadi semakin naik, anda boleh pilih stop order untuk "buy" pada harga 129.48. Ini bermakna order akan dilaksanakan sebaik sahaja harga "ask" naik ke 129.48. Kelebihan disini adalah, jika anda silap, dan market menjurus harga ke bawah(harga jatuh) ke 129.30 dan kebawah misalnya, anda tidak akan beli matawang itu (sebab harga tidak sampai ke 129.48). Kekurangan nya pula adalah pada harga 129.48 ia kurang menarik jika dibandingkandengan harga 129.38. Posisi cara ini lebih baik jika anda mahu buat urusniaga pada waktu market ada momentum yang kuat ke arah satu-satu hala (naik atau turun).

Limit Order

Ini adalah untuk membuat order "buy" dibawah harga semasa, atau "sell " di atas harga semasa. Contohnya, jika urusniaga semasa adalah pada 129.34 / 129.38 dan anda yakin market akan naik, anda boleh order "limit" "buy" pada 129.28. Jika ini terjadi anda ada posisi "long" pada 129.28, 10 pips lebih baikdari jika anda guna market order. Kekurangannya: jika harga terus naik dari 129.34 / 129.38 kita akan terlepas peluang untuk beli kerana limit kita pada 129.28 dan harga terus naik. Cara ini lebih baik jika anda yakin harga tidak banyak berubah sebelum mula bergerak cergas.

Untuk kedua-dua entry dan exit orders anda boleh letak harga yang anda mahukan transaksi itu berlaku.

No comments: