Waktu berniaga forex paling aktif adalah apabila lebih dari satu pasaran kewangan dari beberapa negara dibuka pada waktu yang sama (warna hijau). Contohnya pada waktu 12GMT pasaran US, GB,EUR, CHF dibuka. Garis hitam menunjukkan waktu berniaga pasaran saham negara itu di buka. Contoh: GB buka pada 0700 hingga 1500 waktu GMT. Jika banding dengan Malaysia waktu GMT adalah 8 jam beza dengan Malaysia pada musim panas (29 Mar-29Sept) dan 7 jam pada musim sejuk (30 Sept-28 Mar). Contohnya pada 9 April 2007, waktu 12GMT adalah 2000 atau 8:00 malam waktu Malaysia
Peluang buat untung (dan rugi) melalui sistem forex yang kita sendiri uruskan.Berniaga sendiri dengan FOREX bukan pelaburan yang janjikan pulangan tetap. 90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup! Oleh itu banyakkan belajar dan membaca mencari ilmu, bukan asik kira duit yang belum tentu datangnya. Sila pilih topic yang berkenan dihati di bahagian topic di sebelah kanan
Friday, April 27, 2007
Waktu berniaga forex paling aktif
Waktu berniaga forex paling aktif adalah apabila lebih dari satu pasaran kewangan dari beberapa negara dibuka pada waktu yang sama (warna hijau). Contohnya pada waktu 12GMT pasaran US, GB,EUR, CHF dibuka. Garis hitam menunjukkan waktu berniaga pasaran saham negara itu di buka. Contoh: GB buka pada 0700 hingga 1500 waktu GMT. Jika banding dengan Malaysia waktu GMT adalah 8 jam beza dengan Malaysia pada musim panas (29 Mar-29Sept) dan 7 jam pada musim sejuk (30 Sept-28 Mar). Contohnya pada 9 April 2007, waktu 12GMT adalah 2000 atau 8:00 malam waktu Malaysia
Tuesday, February 27, 2007
GUIDELINES UMUM - FOREX TRADING
- Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
- Bila anda akan masuk/keluar pasaran
- Bila anda akan menjual kerugian
- Dimana had maximum keuntungan anda - Trend pasaran adalah teman
Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi. - Fokuskan perhatian pada modal

Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis ditelan margin sahaja. - Tahu bila harus menghadkan kerugian
Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss dan bila anda harus merelakan wang anda hilang. - Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan. - Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama! - Buat catatan trading
Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui. - Ketika was-was ja
ngan masuk pasaran
Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan. - Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control. - Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit - Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan. - Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa ‘chart’, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu 'pivot', ‘support’ dan apa itu ‘resistant’ serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant. - Gunakan salah satu ‘teknik’ yang betul-betul anda kuasai.
Biasakan untuk menggunakan salah satu method (cara, kaedah) yang anda mampu kuasai untuk bermain forex. Anda boleh menggunakan indikator mudah seperti BGX, Vegas atau Sidus bersama RSI dan MACD. - Mula dengan Virtual Trading
Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex!
Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir! Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.
90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup! Money management sangat penting dalam bermain forex!
Sunday, February 25, 2007
FAQ.. Soalan asas/umum
Apa itu Fundamental Analysis - FA?
Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui berita-berita atau faktor-faktor yang dirasa dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara.
Apa itu Technical Analysis - TA?
Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui pembacaan graph (chart) dan indikator harga pasaran yang telah dan sedang berlangsung.
Mana yang lebih baik fundamental atau technical?
Kedua-duanya menjadi petunjuk kepada para pakar forex dalam menentukan keputusan tetapi berdasarkan sejarah, Fundamental Analysis lebih tepat dibandingkan Technical Analysis. Dan jangan lupa juga adanya faktor psikologi pasaran yang harus difahami.
Apa itu titik pivot?
Pergerakan harga dimana harga tidak akan bergerak terlalu jauh dari titik tersebut dalam situasii naik atau turun dan tetap kembali ke harga tersebut.
Apa itu titik resistant ?
Titik harga dimana harga sulit menembusi batas level atas tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga akan dapat melonjak naik dengan lancar hingga menjumpai resistant selanjutnya.
Apa itu titik support?
Titik harga dimana harga akan sulit menembusi batas level bawah tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga akan mengalami penurunan cukup tinggi hingga menjumpai titik support berikutnya.
FOREX SIGNAL
Apa itu Forex Signal?
Ramalan pergerakan matawang yang difikirkan akan terjadi pada hari itu, mereka yang membuat forecast pada umumnya adalah mereka yang sudah expert, merasa expert atau mereka yang mahu berkongsi analisanya.
Contoh signal : Sell EUR/USD 1.1780 SL 1.1820 Target 1.1750
Berdasarkan signal di atas disarankan melakukan posisi sell terhadap EUR/USD pada order limit 1.1780, stop loss di 1.1820 dan target 1.1750
Ingat- harga itu adalah harga limit bukan harga market.
Ya, semua signal pada dasarnya adalah ramalan hasil analisa, tidak boleh dikatakan pasti tepat atau tidak tepat kerana belum terjadi, untuk menjadi panduan dalam bermain forex tidak salah tetapi jangan menjadikannya asas utama untuk memasuki pasaran kerana mungkin cara bertrading orang itu berbeda dengan cara anda.
Apakah Pips?
Perubahan dalam matawang dipanggil pip.
Contoh : EUR/USD bergerak dari 1.2250 ke 1.2251, ia akan menjadi 1 pip. Pips inilah yang akan menjadi penentu sama ada anda win atau loss.
STOP LOSS & EXIT TARGET (TAKE PROFIT)
Apa itu Stop-Loss dan Exit Target (Take Profit)? - Bergantung kepada situasi BUY atau SELL
Stop-Loss ialah batasan harga terendah/tertinggi atau kerugian yang dapat anda tanggung.
Take profit ialah batasan harga terendah/tertinggi atau keuntungan yang anda kehendaki.
Apabila order anda terkena salah satu dari batasan itu, maka posisi anda akan tertutup automatik.
MARGIN CALLED
Apa itu margin called?
Keaadan genting yang mana duit di dalam akaun anda berada pada paras bawah margin (sangat kritikal), maka pihak broker akan menutup secara automatik posisi anda. Ini dilakukan untuk mengelakkan akaun anda dari negative.
BULLISH Vs BEARISH
Bullish-Berasal dari perkataan bull atau lembu jantan yang menunjukkan pergerakan pasaran harga bergerak naik /up.
Bearish