Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Saturday, April 28, 2007

Bagaimana menjana wang dengan perniagaan forex?

Dalam forex anda jual atau beli mata wang. Cara berniaga sama seperti di pasaran saham dan jika ada pengalaman berniaga jual beli saham, mudah bagi anda berniaga forex.

Tujuan berniaga forex adalah untuk menukar satu matawang untuk matawang lain dengan harapan harga akan berubah dan matawang yang anda beli akan naik harganya berbanding dengan matawang yang anda jual;

Contoh menjana untung dengan membeli matawang Euros


EUR

USD

Beli 10,000 euros di EUR/USD dengan harga 1.18

+10,000

-11,800*

1 minggu selepas itu kita tukar 10,000 euros tadi balik ke US dollars dengan harga 1.2500.

-10,000

+12,500**

Untung $700.

0

+700

*EUR $10,000 x 1.18 = US $11,800
** EUR $10,000 x 1.25 = US $12,500

Harga tukaran adalah satu matawang berbanding dengan matawang lain.Contoh nya harga tukaran USD/CHF menunjukkan berapa banyak U.S. dollars diperlukan untuk beli satu Swiss franc, atau pun berapa Swiss francs diperlukan untuk beli 1 unit U.S. dollar.

Bagaimana membaca FX Quote (sebutharga)

Matawang di sebuthargakan dalam pasangan, contohnya GBP/USD atau USD/JPY. Sebabnya dalam pasangan adalah anda membeli 1 matawang dan menjual 1 matawang dalam masa yang sama. Contoh seterusnya adalah tukaran matawang British pound versus U.S. dollar:

GBP/USD = 1.7500

Matawang di kiri slash ("

/") di panggil base currency matawang asal(the British pound), dan matawang kedua di kanan meja atau matawang sebutharga , counter or quote currency (U.S. dollar).

Bila kita membeli, tukaranwang memberitahu kita berapa harga kita perlu bayar dalam unit matawang quote currency untuk beli 1 unit base currency. Dalam contoh di atas, kita bayar 1.7500 U.S. dollar untuk beli 1 British pound.

Bila kita menjual, tukaranwang memberitahu kita berapa harga kita dapat dalam unit matawang quote currency apabila kita jual 1 unit base currency. Dalam contoh di atas, kita dapat 1.7500 U.S. dollar bila kita jual 1 British pound.

The base currency adalah “basis” untuk jual atau beli. Kalau kita beli EUR/USD, maksudnya kita beli base currency dan masa yang sama kita jual quote currency.

Kita beli (buy) pasangan matawang itu kita kita percaya harga base currency akan naik, appreciate (go up) berbanding dengan quote currency. Kita harus jual (sell) pasangan itu jika kita percaya harga base curr

ency akan turun,depreciate (go down) berbanding dengan harga quote currency.

Long/Short

Mula mula kita kaji samada kita mau beli atau jual (buy or sell.)

Jika hendak beli, buy (iaitu beli base currency dan jual quote currency), kita mahu base currency untuk naik harga dan jual balik bila harga tinggi.. Dalam bahasa peniaga (trader) ini di panggil "going long" atau "long position". Vuba ingat: long = buy.

Jika anda mahu jual, sell (iaitu jual base currency dan beli quote currency), anda mahukan harga base currency jatuh dan anda beli balik pada harga lebih rendah ( buy it back at a lower price). Ini di panggil "going short" atau

"short position". Short = sell.

Untk sebutharga GBP/USD, harga bid adalah 1.7445 dan harga ask 1.7449. Lihat bagaimana broker ini buat untuk menyenangkan kita berniaga.

Jika mahu jual, sell GBP, anda click "Sell" dan terus anda jual, sell GBP pounds pada harga 1.7445. Jika mahu beli ,buy GBP, anda click "Buy" dan anda akan beli, buy GB pounds pada harga 1.7449.

Dalam contoh berikut ada beberapa analisis fundemantal (fundamental analysis) untuk tolong kita pilih samada mahu beli atau jual pasangan matawang tertentu. Walaupun tak faham, cuba buat – buat faham ya J untuk masa ini.

EUR/USD
Euro adalah base currency jadi “basis” untuk buy/sell.

Jika kira percaya ekonomi US akan terus lemah, tidak bagus untuk US dollar, mungkin kita perlu beli BUY EUR/USD . Jadi kita beli euros dengan harapan harga akan naik berbanding dengan US dollar.

Jika kita yakin ekonomi US semakin kuat dan euro jadi lemah berbanding US dollar kita perlulah jual, SELL EUR/USD. Jadi anda jual, sold Euros dengan harapan harga jatuh fall berbanding US dollar.

USD/JPY
US dollar base currency ,“basis” untuk buy/sell.

Jika kita rasakan kerajaan Jepun akan melemahkan Yen untuk menolong industri export, anda harus beli, BUY USD/JPY. Jandinya anda beli U.S dollars dan harap harga USD naik berbanding Japanese yen.

Jika anda yakin pelabur Jepun akan tarik balik semua duit meraka dari pasaran saham U.S. dan tukar U.S. dollars kepada Yen, ini akan melemahkan US dollar, anda perlu jual SELL USD/JPY. Anda jual, sold U.S dollars dan harap harga turun berbanding Japanese yen.

Saya tiada cukup wang untuk beli $10,000 euros. Boleh kah saya berniaga?

Boleh dengan margin trading! Margin trading adalah panggilan untuk berniaga dengan modal yang di pinjam. Dengan cara ini anda mampu buka posisi dengan jumlah $10,000 atau $100,000 dengan menggunakan wang sebenar serendah $50 atau $1,000. Anda boleh berniaga dan membuat transaksi besar, dengan cepat dan mudah menggunakan modal permulaan yang sedikit.

Margin trading di forex market dikira dalam“lots”. Buat masa ini Cuma fakir yang "lot" adalah jumlah minima matawang asing yang anda perlu beli. Contoh yg baik adalah jika kita ke pasaraya, kita tak boleh beli 1 biji telur aja, tapi perlu beli sekurang – kurang nya dozen atau “lot”. Di forex, kita tak jual/beli $1 EUR, dia dating dalam "lots" $10,000 atau $100,000 bergantung pada akaun apa yang anda ada.

Contoh:

  • Jika anda percaya British Pound akan naik berbanding US Dollar.
  • Buka 1 lot ($100,000) untuk beli Pound dengan margin 1% dengan harga 1.5000 dan tunggu harga naik. Jadi sekarang anda mempunyai $100,000 nilai British Pound dengan menggunakan $1,000. Sebab margin anda 1:100 atau 1%. Seterusnya harga makin naik dan anda mau mula jual, sell.
  • Anda tutup (close) posisi anda dengan harga 1.5050. Anda untung 50 pips atau $500. (1 pip adalah perubahan harga paling kecil dalam perniagaan matawang) Jadinya untuk modal permulaan sebanyak USD $1,000, anda sudah untung 50%. Pulangan anda adalah $500 untung, dibahagi modal anda $1,000.

Perbuatan anda

GBP

USD

Wang anda

beli 100,000 pounds GBP/USD pada kadar 1.5000

+100,000

-150,000

$1,000

Seterusnya GBP/USD naik ke 1.5050 dan anda jual,sell.

-100,000

+150,500**

$1,500

Untung $500.

0

+500

Bila anda tutup posisi, deposit yang anda buat pada mula nya terus dipulangkan pada anda dan terus di kira untung (atau rugi). Untung/Rugi ini akan di kredit ke akaun anda.

Rollover

Ini berkenaan interest, faedah dan ini berlaku pada broker yang mengenekan caj faedah. Jadinya cuba pilih broker yang tiada mengenakan faedah.


Friday, April 27, 2007

Kenali PIP, LOT & LEVERAGE

Ini kene buat kira-kira sedikit. Cuba fahami penerangan seterusnya kerana ini penting untuk trader. Harus tahu value pipdan mengira untung atau rugi, calculating profit and loss.

Apa itu Pip?

Jika EUR/USD bergerak dari 1.2250 ke 1.2251, ini adalah SATU PIP. Pip adalah nombor decimal terakhir untuk sesuatu sebutharga. Gunakan pip untuk kira untung/rugi.

Dalam matawang di mana US Dollar di letak dahulu, cara kira untung rugi adalah seperti berikut;

Contoh kadar USD/JPY pada 119.80 (di pasangan ini harga hanya pada 2 decimal sahaja, tidak macam matawang lain di sebut pada 4 nombor decimal). Untuk USD/JPY, 1 pip jadi .01

Seterusnya; USD/JPY:

119.80
.01 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
.01 / 119.80 = 0.0000834

USD/CHF:

1.5250
.0001 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
.0001 / 1.5250 = 0.0000655

Dalam situasi dimana US Dollar tidak disebut dahulu, dan kita mahukan nilai US Dollar, kita harus tambah langkah berikut.

EUR/USD:

1.2200

.0001 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
jadi
.0001 / 1.2200 = EUR 0.00008196

Tapi kita mahu kembali ke nilai US dollars jadi harus tambah kira-kira selanjutnya

EUR x Exchange rate, nilai tukaran matawang
jadi
0.00008196 x 1.2200 = 0.00009999

Bila rounded up ia jadi 0.0001

GBP/USD:

1.7975

.0001 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
jadi

.0001 / 1.7975 = GBP 0.0000556

Tapi kita mahu kembali ke nilai US dollars jadi harus tambah kira-kira selanjutnya

GBP x Exchange rate

Jadi
0.0000556 x 1.7975 = 0.0000998

Di bulatkan jadi 0.0001

Mungkin anda pening nak kira dan sebenarnya tak perlu kira kerana program/broker yang yang anda pilih akan buat perkiraan ini secara automatic. Tapi anda harus faham dan tahu juga sekurang-kurangnya cara mana ia dikira.

Apa dia Lot?

Spot Forex diniagakan dalam lots. standard size untuk lot adalah $100,000. Ada juga lot lain seperti lot mini $10,000. Seperti yang anda tau matawang dikira dengan pip.. ingat lagi? Kenaikan harga kecil dalam unit matawang. Untuk memanipulasi kenaikan kecil ini, anda perlu niagakan lot yang besar untuk lihat untung/rugi yang lebih signifikan/jelas.

Cuba kita guma lot $100,000Dan cuba kira semula nilai pip

USD/JPY pada kadar 119.90
(.01 / 119.80) x $100,000 = $8.34 per 1 pip

USD/CHF pada kadar 1.4555
(.0001 / 1.4555) x $100,000 = $6.87 per 1 pip

Jika US Dollar tidak disebut dahulu, formula lain sedikit

EUR/USD pada kadar 1.1930
(.0001 / 1.1930) X EUR 100,000 = EUR 8.38 x 1.1930 = $9.99734 dibulatkan jadi$10 per pip

GBP/USD pada kadar 1.8040
(.0001 / 1.8040) x GBP 100,000 = 5.54 x 1.8040 = 9.99416 dibulatkan jadi $10 per pip.

Bagaimana kira untung/rugi, profit and loss?

Mari beli US dollars dan jual,Sell Swiss Francs.

Kadarnya 1.4525 / 1.4530. Kita beli,buying US maka guna nilai 1.4530, 1 lot $100,000 harganya 1.4530.

Seterusnya harga naik ke 1.4550 dan anda mahu tutup posisi (close trading).

Sebutharga baru sekarang untuk USD/CHF adalah 1.4550 / 14555. Sekarang kita jual (tadi kita beli) dan guna kan harga 1.4550.

Beza antara 1.4530 dan 1.4550 adalah .0020 atau 20 pips.

Gunakan formula tadi, kita sekarang ada (.0001/1.4550) x $100,000 -= $6.87 per 1 pip x 20 pips = $137.40

INGAT, bila anda MASUK atau KELUAR dari trade, anda perlu dikenakan spread pada sebutharga bid/offer

Bila anda beli matawang, anda guna OFFER PRICE dan bila jual matawang anda gunakan harga BID. When you buy a currency you will use the offer price and when you sell you will use the bid price.

Apa itu Leverage?

Anda pasti hairan bagaiaman peniaga kecil seperti anda boleh berniaga jumlah wang yang besar kan? Yang penting cuba anda bayangkan yang broker anda adalah bank yang pinjamkan duit pada anda, meminjamkan $100,000 untuk beli/jual matawang dan apa yang dia mahukan dari anda adalah $1,000 untuk deposit. Bunyi macam tak percaya dan too good to be true? Tapi beginilah cara urusniaga forex menggunakan leverage.

Jenis-jenis ORDER (Order Types)

Jenis basic - Basic Order Types
  • Market order
    Order untuk buy / sell pada harga semasa. Contohnya: EUR/USD diniagakan pada nilai 1.2140. Jika anda mahu beli pada harga sekarang, hanya click dan beli, buy dan software anda (trading platform) akan terus beli pada harga itu.
  • Limit order
    limit order adalah pesanan untuk buy /sell pada harga yang anda tetapkan. Ada 2 variable disini. harga, price dan jangkamasa,duration. Contoh; EUR/USD harga sekarang adalah 1.2050. Anda mahu mula berniaga bila harga mencecah 1.2070. Anda boleh tunggu depan computer dan tunggu ia naik ke 1.2070 (pada waktu itu anda click dan beli, buy market order), atau anda boleh set beli, buy limit order pada harga 1.2070 (lepas tu boleh pergi makan roti canai ke mandi ke tak payah tunggu depan computer). Jika harga naik mencecah 1.2070, program anda, trading platform akan secara automatic beli, buy order pada harga 1.2070 itu. Anda tentukan harga anda mahu buy/sell dan tentukan berapa lama posisi anda mahu terus aktif(GTC or GFD)….(nanti ada penerangan di bawah)
  • Stop-loss order
    stop-loss order adalah limit order dikaitkan dengan posisi yang telah anda buat/buka dan ini digunakan untuk meminima kan kerugian jika harga menentang anda.Contoh: Anda jual pada harga 1.9900 tapi harga makin naik ke 2.0000 (rugi 10 pip).

    stop-loss order akan terus ada hingga posisi di tutup atauanda batalkan, cancel ,stop-loss order itu. Contoh: Anda beli, (buy) EUR/USD pada 1.2230. Untuk hadkan kerugian anda, anda letak stop-loss order pada 1.2200. Erti nya jika anda tersilap dan EUR/USD jatuh ke 1.2200, trading platform akan secara aotumatik buat sell order pada 1.2200 dan tutup posisi anda dan anda kene rugi 30 pip.Stop-loss ini berguna jika anda tidak mahu duduk depan computer sepanjang hari dan risau jika anda akan rugi. Anda hanya perlu set stop-loss order pada posisi yang masih terbuka dan anda boleh buat kerja/hal lain. Nak shopping ke, ape ke J
Nama order lain yang pelik-pelik
  • GTC (Good ‘til canceled)
    GTC order akan terus aktif hingga anda memilih untup batalkan atau tutup order itu.
  • GFD (Good for the day)
    A GFD order akan terus terbuka sehingga akhir hari berniaga. Pasaran FOREX adalah pasaran 24 jam, maksudnya GFD akan ditutup pada 5pm EST (EASTERN TIME USA) iaitu market U.S. tutup, seterusnya saya syorkan anda check out dengan broker anda.
  • OCO (Order cancels other)
    An OCO order adalah campuran 2 order limit dan/atau stop-loss. 2 order yang mempunyai harga dan tempoh masa dibuka di atas dan dibawah harga semasa. Bila 1 order dibuka, order yg lagi satu akan di batalkan. Contoh: harga EUR/USD sekarang adalah 1.2040. Anda mahukan samaada beli pada 1.2095 atau jual pada jika harga jatuh ke 1.1985. Ertinya jika naik ke 1.2095order untuk beli, buy akan terus dibuka dan order jual pada 1.1985 akan dibatalkan secara automatik.

Sila dapatkan penjelasan terperinci dari broker anda.

Summary

Jenis order yang basic (market, stop loss, and limit) adalah jenis order yang anda perlu tahu. Lainlah kalau anda peniaga veteren atau professional. Pastikan anda faham tentang jenis order sebelum anda mjla berniaga forex.

JANGAN mulakan perniagaan dengan duit sebenar (LIVE money) sehingga anda faham software, program, trading platform yang anda gunakan dan juga system memasukkan order. Mulakan atau berlatih gunakan duit maya, virtual money dulu.

Saturday, March 24, 2007

Using a mix of indicators

While Marketiva has quite a few indicators on it, it may be a good idea to download Metatrader v4 from Metaquotes. You can download a demo account here and there is an array of indicator on this software.

A friend from Bandung, Indonesia (a mathematician and programmer by profession) shared with me quite a useful way to use a few indicators for us to have on our hands to be able to see the trend clearly. Maybe I can take you on a step by step tour of his method;

Once you have download Metaquotes4 you can install it on your PC and get it up and running. Its quite easy as long as you follow the steps.

Lets get started, get the MT4 up and running, lets use GBP/USD to start with. You will see something like the screen on the right>>> Start with M30 chart, the 30 minutes chart.
1.Open Custom indicator, use zig zag (navigator/custom indicator) indi and set input to 21, 9 , 4 (ctrl L and double click on zig zag, to change numbers, go to INPUT and double click the value)

2.Next open Custom indicator, apply heiken ashi double click, then OK. Heiken Ashi is used to reduce 'noise' and give a clearer picture of the graph.

look at zi zag and the colour made by heiken... got some idea?

3.Go to INDICATORS and apply SMA 5, 10 and 20. click on indicators and click trend.. there is moving average. make three sma change to 5, 10 and 20 on the parameter. Change to 5 the first MA.. and make another MA set 10 and make the last MA set it to 20. Now look at the zigzag... 5 & 10 always crossing there

4. Much better if you add fractals.., at Bill Williams indikator and playing at 5 minutes .., maybe you can get small little pips in short time. (INDICATOR/BILL WILLIAMS/FRACTAL)

5. Next on Custom indicator, use cci .... at INPUT, CCI period, set it to 20. Click on LEVEL and add level, 100, 80, -80, -100.

The trend line at CCI will cross level 80/100 and -100/-80 when the price trend go up & down. SUMMARY: if line go up... pass 100/80, close BUY, open for SELL, if line go down... pass -100/80 close SELL open for BUY

but remember: check other indi too

REMINDER: don't take new buy position if cci cross level 200.. that's overbought area

EXAMPE: See 2nd from bottom graph, zig zag reach bottom at 1.9585 check also at CCI at that point it is moving up from below to -80/-100 line. After that the zigzag line went up showing upward trend until it reach just under 1.9645. The CCI looks like losing steam at that point and after that it went down.

You can see a close up view on the bottom picture. Zigzag line (in red) goes maximum at under 1.9645 and after that as confirm by CCI, it went on downhill.

The above are just some indi being used and I recommend it for newbies (people like me who need guidance but in simple not too detailed methods.

Have fun :)


Wednesday, February 28, 2007

FOREX TRADING SYSTEM - Indicator - Moving Average (MA)


Panduan asas arah tuju pasaran berpandukan CHART/GRAPH, cara-cara setting chart ditunjukkan untuk platform Marketiva.

  • TimeFrame/TimeScale (TF) 30 minutes, Styles Candlesticks, EMA5 Biru, EMA20 Hijau dan RSI 14.
  • Pastikan save chart anda.

EMOSI SEORANG TRADER

Pengimplementasian CHART, tetapi lebih kepada aspek pengawalan emosi.. Kadang-kadang kita tengok seperti ada tanda-tanda line biru dan hijau ini akan bersilang. biasanya apa yang akan kita lakukan? kita akan masuk trade awal-awal dengan alasan tidak lama lagi kedua-dua line akan bersilang..

Apa alasan sekali pun, TOLONG JANGAN BUAT. Sewaktu trade, kita perlu jadi robot yang hanya menerima arahan berdasarkan signal. Lakukan trade JIKA signal silang dipenuhi. Kadangkala kita masuk awal dengan harapan tidak lama lagi kedua-dua line itu akan bersilang. kalau kita bernasib baik, syukur la. kalau tak? tersungkurlah kita!!!

Analoginya mudah, anggap CHART sebagai boss, trend market semasa sebagai kawan, diri sendiri sebagai pekerja. Untuk disayangi boss - kita kena ikut cakap boss - bila boss suruh trade - kita kena trade - selagi boss tak bagi arahan (signal) - jangan ngada-ngada nak memandai trade.

Memang kadang-kadang kita still boleh survive walaupun kita tak ikut cakap boss, tetapi takkan selamanya kita bernasib baik? Walaupun trend menunjukkan jangkaan kesatu arah, kita jangan percaya bulat-bulat. Kena tunggu juga arahan boss - boss is always right sebab dia yang bagi kita gaji... (betul lah kan? CHART ni yang bagi kita peluang untuk buat duit..)

Kawal emosi, jangan jadi nujum pak belalang..

dengan ehsan Sureheboh