Panduan asas arah tuju pasaran berpandukan CHART/GRAPH, cara-cara setting chart ditunjukkan untuk platform Marketiva.
- TimeFrame/TimeScale (TF) 30 minutes, Styles Candlesticks, EMA5 Biru, EMA20 Hijau dan RSI 14.
- Pastikan save chart anda.
EMOSI SEORANG TRADER
Pengimplementasian CHART, tetapi lebih kepada aspek pengawalan emosi.. Kadang-kadang kita tengok seperti ada tanda-tanda line biru dan hijau ini akan bersilang. biasanya apa yang akan kita lakukan? kita akan masuk trade awal-awal dengan alasan tidak lama lagi kedua-dua line akan bersilang..
Apa alasan sekali pun, TOLONG JANGAN BUAT. Sewaktu trade, kita perlu jadi robot yang hanya menerima arahan berdasarkan signal. Lakukan trade JIKA signal silang dipenuhi. Kadangkala kita masuk awal dengan harapan tidak lama lagi kedua-dua line itu akan bersilang. kalau kita bernasib baik, syukur la. kalau tak? tersungkurlah kita!!!
Analoginya mudah, anggap CHART sebagai boss, trend market semasa sebagai kawan, diri sendiri sebagai pekerja. Untuk disayangi boss - kita kena ikut cakap boss - bila boss suruh trade - kita kena trade - selagi boss tak bagi arahan (signal) - jangan ngada-ngada nak memandai trade.
Memang kadang-kadang kita still boleh survive walaupun kita tak ikut cakap boss, tetapi takkan selamanya kita bernasib baik? Walaupun trend menunjukkan jangkaan kesatu arah, kita jangan percaya bulat-bulat. Kena tunggu juga arahan boss - boss is always right sebab dia yang bagi kita gaji... (betul lah
Kawal emosi, jangan jadi nujum pak belalang..
dengan ehsan Sureheboh
No comments:
Post a Comment