Friday, April 27, 2007

Kenali PIP, LOT & LEVERAGE

Ini kene buat kira-kira sedikit. Cuba fahami penerangan seterusnya kerana ini penting untuk trader. Harus tahu value pipdan mengira untung atau rugi, calculating profit and loss.

Apa itu Pip?

Jika EUR/USD bergerak dari 1.2250 ke 1.2251, ini adalah SATU PIP. Pip adalah nombor decimal terakhir untuk sesuatu sebutharga. Gunakan pip untuk kira untung/rugi.

Dalam matawang di mana US Dollar di letak dahulu, cara kira untung rugi adalah seperti berikut;

Contoh kadar USD/JPY pada 119.80 (di pasangan ini harga hanya pada 2 decimal sahaja, tidak macam matawang lain di sebut pada 4 nombor decimal). Untuk USD/JPY, 1 pip jadi .01

Seterusnya; USD/JPY:

119.80
.01 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
.01 / 119.80 = 0.0000834

USD/CHF:

1.5250
.0001 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
.0001 / 1.5250 = 0.0000655

Dalam situasi dimana US Dollar tidak disebut dahulu, dan kita mahukan nilai US Dollar, kita harus tambah langkah berikut.

EUR/USD:

1.2200

.0001 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
jadi
.0001 / 1.2200 = EUR 0.00008196

Tapi kita mahu kembali ke nilai US dollars jadi harus tambah kira-kira selanjutnya

EUR x Exchange rate, nilai tukaran matawang
jadi
0.00008196 x 1.2200 = 0.00009999

Bila rounded up ia jadi 0.0001

GBP/USD:

1.7975

.0001 di bahagi kan dengan exchange rate = pip value
jadi

.0001 / 1.7975 = GBP 0.0000556

Tapi kita mahu kembali ke nilai US dollars jadi harus tambah kira-kira selanjutnya

GBP x Exchange rate

Jadi
0.0000556 x 1.7975 = 0.0000998

Di bulatkan jadi 0.0001

Mungkin anda pening nak kira dan sebenarnya tak perlu kira kerana program/broker yang yang anda pilih akan buat perkiraan ini secara automatic. Tapi anda harus faham dan tahu juga sekurang-kurangnya cara mana ia dikira.

Apa dia Lot?

Spot Forex diniagakan dalam lots. standard size untuk lot adalah $100,000. Ada juga lot lain seperti lot mini $10,000. Seperti yang anda tau matawang dikira dengan pip.. ingat lagi? Kenaikan harga kecil dalam unit matawang. Untuk memanipulasi kenaikan kecil ini, anda perlu niagakan lot yang besar untuk lihat untung/rugi yang lebih signifikan/jelas.

Cuba kita guma lot $100,000Dan cuba kira semula nilai pip

USD/JPY pada kadar 119.90
(.01 / 119.80) x $100,000 = $8.34 per 1 pip

USD/CHF pada kadar 1.4555
(.0001 / 1.4555) x $100,000 = $6.87 per 1 pip

Jika US Dollar tidak disebut dahulu, formula lain sedikit

EUR/USD pada kadar 1.1930
(.0001 / 1.1930) X EUR 100,000 = EUR 8.38 x 1.1930 = $9.99734 dibulatkan jadi$10 per pip

GBP/USD pada kadar 1.8040
(.0001 / 1.8040) x GBP 100,000 = 5.54 x 1.8040 = 9.99416 dibulatkan jadi $10 per pip.

Bagaimana kira untung/rugi, profit and loss?

Mari beli US dollars dan jual,Sell Swiss Francs.

Kadarnya 1.4525 / 1.4530. Kita beli,buying US maka guna nilai 1.4530, 1 lot $100,000 harganya 1.4530.

Seterusnya harga naik ke 1.4550 dan anda mahu tutup posisi (close trading).

Sebutharga baru sekarang untuk USD/CHF adalah 1.4550 / 14555. Sekarang kita jual (tadi kita beli) dan guna kan harga 1.4550.

Beza antara 1.4530 dan 1.4550 adalah .0020 atau 20 pips.

Gunakan formula tadi, kita sekarang ada (.0001/1.4550) x $100,000 -= $6.87 per 1 pip x 20 pips = $137.40

INGAT, bila anda MASUK atau KELUAR dari trade, anda perlu dikenakan spread pada sebutharga bid/offer

Bila anda beli matawang, anda guna OFFER PRICE dan bila jual matawang anda gunakan harga BID. When you buy a currency you will use the offer price and when you sell you will use the bid price.

Apa itu Leverage?

Anda pasti hairan bagaiaman peniaga kecil seperti anda boleh berniaga jumlah wang yang besar kan? Yang penting cuba anda bayangkan yang broker anda adalah bank yang pinjamkan duit pada anda, meminjamkan $100,000 untuk beli/jual matawang dan apa yang dia mahukan dari anda adalah $1,000 untuk deposit. Bunyi macam tak percaya dan too good to be true? Tapi beginilah cara urusniaga forex menggunakan leverage.

No comments: