Friday, April 27, 2007

Jenis-jenis ORDER (Order Types)

Jenis basic - Basic Order Types
  • Market order
    Order untuk buy / sell pada harga semasa. Contohnya: EUR/USD diniagakan pada nilai 1.2140. Jika anda mahu beli pada harga sekarang, hanya click dan beli, buy dan software anda (trading platform) akan terus beli pada harga itu.
  • Limit order
    limit order adalah pesanan untuk buy /sell pada harga yang anda tetapkan. Ada 2 variable disini. harga, price dan jangkamasa,duration. Contoh; EUR/USD harga sekarang adalah 1.2050. Anda mahu mula berniaga bila harga mencecah 1.2070. Anda boleh tunggu depan computer dan tunggu ia naik ke 1.2070 (pada waktu itu anda click dan beli, buy market order), atau anda boleh set beli, buy limit order pada harga 1.2070 (lepas tu boleh pergi makan roti canai ke mandi ke tak payah tunggu depan computer). Jika harga naik mencecah 1.2070, program anda, trading platform akan secara automatic beli, buy order pada harga 1.2070 itu. Anda tentukan harga anda mahu buy/sell dan tentukan berapa lama posisi anda mahu terus aktif(GTC or GFD)….(nanti ada penerangan di bawah)
  • Stop-loss order
    stop-loss order adalah limit order dikaitkan dengan posisi yang telah anda buat/buka dan ini digunakan untuk meminima kan kerugian jika harga menentang anda.Contoh: Anda jual pada harga 1.9900 tapi harga makin naik ke 2.0000 (rugi 10 pip).

    stop-loss order akan terus ada hingga posisi di tutup atauanda batalkan, cancel ,stop-loss order itu. Contoh: Anda beli, (buy) EUR/USD pada 1.2230. Untuk hadkan kerugian anda, anda letak stop-loss order pada 1.2200. Erti nya jika anda tersilap dan EUR/USD jatuh ke 1.2200, trading platform akan secara aotumatik buat sell order pada 1.2200 dan tutup posisi anda dan anda kene rugi 30 pip.Stop-loss ini berguna jika anda tidak mahu duduk depan computer sepanjang hari dan risau jika anda akan rugi. Anda hanya perlu set stop-loss order pada posisi yang masih terbuka dan anda boleh buat kerja/hal lain. Nak shopping ke, ape ke J
Nama order lain yang pelik-pelik
  • GTC (Good ‘til canceled)
    GTC order akan terus aktif hingga anda memilih untup batalkan atau tutup order itu.
  • GFD (Good for the day)
    A GFD order akan terus terbuka sehingga akhir hari berniaga. Pasaran FOREX adalah pasaran 24 jam, maksudnya GFD akan ditutup pada 5pm EST (EASTERN TIME USA) iaitu market U.S. tutup, seterusnya saya syorkan anda check out dengan broker anda.
  • OCO (Order cancels other)
    An OCO order adalah campuran 2 order limit dan/atau stop-loss. 2 order yang mempunyai harga dan tempoh masa dibuka di atas dan dibawah harga semasa. Bila 1 order dibuka, order yg lagi satu akan di batalkan. Contoh: harga EUR/USD sekarang adalah 1.2040. Anda mahukan samaada beli pada 1.2095 atau jual pada jika harga jatuh ke 1.1985. Ertinya jika naik ke 1.2095order untuk beli, buy akan terus dibuka dan order jual pada 1.1985 akan dibatalkan secara automatik.

Sila dapatkan penjelasan terperinci dari broker anda.

Summary

Jenis order yang basic (market, stop loss, and limit) adalah jenis order yang anda perlu tahu. Lainlah kalau anda peniaga veteren atau professional. Pastikan anda faham tentang jenis order sebelum anda mjla berniaga forex.

JANGAN mulakan perniagaan dengan duit sebenar (LIVE money) sehingga anda faham software, program, trading platform yang anda gunakan dan juga system memasukkan order. Mulakan atau berlatih gunakan duit maya, virtual money dulu.

No comments: