Saturday, March 3, 2007

Bagaimana set ORDER

Orders and Positions

Apabila hendak mula transaksi kita mesti buat "entry" order. Apabila entry order dilaksanakan,posisi akan jadi "open" dan anda memasuki pasaran. Selepas beberapa lama anada akan laksanakan "exit" order untuk "close" posisi itu. Satu posisi akan jadi "long" (entry order adalah "buy" dan exit order adalah untuk "sell" pasangan matawang) ataupun "short" (entry order adalah untul "sell" dan exit order adalah untuk "buy" pasangan matawang).

Di tempat anda mahu mebuar order, anda mesti letak harga yang anda mahu "buy" atau "sell". Anda perlu jelaskan jenis order dan jumlah urusniaga yang anda mahukan.

Untuk mula, klik screen ORDER, lepas itu klik NEW. Ada 3 jenis order:

Market Order

Maksudnya anda mahu beli buy dengan harga semasa "ask" (atau "offer") , atau jual sell pada harga semasa "bid" price. Contoh, harga samasa matawang yang anda mahu beli adalah 129.34 / 129.38. Ini bermakna ini harga market iaitu market hendak "buy" pada harga 129.34 atau market mahu "sell" harga 129.38.

Stop Order

Ini bermaksud anda hanya mahu beli/atau apabila harga mencecah sesuatu harga yang anda telah tetapkan. Contohnya: jika harga sekarang adalah 129.34 / 129.38 dan anda yakin yang harga akan jadi semakin naik, anda boleh pilih stop order untuk "buy" pada harga 129.48. Ini bermakna order akan dilaksanakan sebaik sahaja harga "ask" naik ke 129.48. Kelebihan disini adalah, jika anda silap, dan market menjurus harga ke bawah(harga jatuh) ke 129.30 dan kebawah misalnya, anda tidak akan beli matawang itu (sebab harga tidak sampai ke 129.48). Kekurangan nya pula adalah pada harga 129.48 ia kurang menarik jika dibandingkandengan harga 129.38. Posisi cara ini lebih baik jika anda mahu buat urusniaga pada waktu market ada momentum yang kuat ke arah satu-satu hala (naik atau turun).

Limit Order

Ini adalah untuk membuat order "buy" dibawah harga semasa, atau "sell " di atas harga semasa. Contohnya, jika urusniaga semasa adalah pada 129.34 / 129.38 dan anda yakin market akan naik, anda boleh order "limit" "buy" pada 129.28. Jika ini terjadi anda ada posisi "long" pada 129.28, 10 pips lebih baikdari jika anda guna market order. Kekurangannya: jika harga terus naik dari 129.34 / 129.38 kita akan terlepas peluang untuk beli kerana limit kita pada 129.28 dan harga terus naik. Cara ini lebih baik jika anda yakin harga tidak banyak berubah sebelum mula bergerak cergas.

Untuk kedua-dua entry dan exit orders anda boleh letak harga yang anda mahukan transaksi itu berlaku.

Friday, March 2, 2007

Memulakan trading

a. Lihat pada software Streammer pada bagian 1 (pilih mata uang yang akan anda pilih)

misalnya EUR/USD <==== "double klik pada mata uang tersebut"

b. Windows baru "Send Order" muncul

Instrument : Pair yang anda pilih

Buy/Sell : Pilihan anda - ingin Buy dahulu atau Sell dahulu
Price : default
Price Type : Market
Duration : default
Quantity Type : 1 quantity mewakili 1 sen$ uang anda .. e.g = 100 qty = $1.00 (berbeda mengikut currency pair)
Quantity Type : Full
Exit Stop-Loss : Nilai currency yang anda pilih untuk AUTO CLOSE (boleh diset kemudian)
Exit Target : Nilai currency yang anda pilih untuk AUTO CLOSE (boleh disetkan kemudian)
Desk : Virtual Trading untuk anda bila masih belajar atau pilih Live. Trading bila anda ingin menggunakan uang sebenarnya

Selesai membuat pilihan, klik OK.

c. Transaksi yang kita pilih tadi akan di catat pada ruang 4 di tab bar "Position"

Pada Side - LONG = BUY (anda melakukan order BUY)
Pada Side - SHORT = SELL (anda melakukan order SELL)
Yang perlu anda perhatikan pada Points. Apabila Points berwarna hijau dan bernilai melebihi 0, anda berada di dalam keadaan profit dan begitu juga sebaliknya apabila Points berwarna merah dan bernilai kurang dari 0(negative), anda berada di dalam keadaan non-profit, jadi usahakan tutup bila dalam keadaan profit saja.

d. Menutup posisi dan mengambil keuntungan

"Double klik" pada posisi yang anda kehendaki

Maka kemudian akan mucul kotak bertuliskan "Position"

Change : untuk memunculkan menu "send order" dan kita bisa merubah setting

Close : menutup transaksi

No Action : tidak ada aksi/atau membatalkan

Jika anda ingin menutup transaksi sebab sudah profit, maka klik "Close" dan anda dapat untung/Profit

Dari sini anda sudah dirasa cukup faham untuk memulai trading di MARKETIVA

Pelajari selangkah, jangan takut salah dan selalu bertanya, untuk mengerti yang hal yang luar biasa selajutnya. Selanjutnya kita akan belajar bersama tentang teknik dasar "Limit" dan "Exit Limit" untuk menentukan batas keuntungan dan penerimaan kita terhadap risiko rugi.

ehsan Sureheboh dan http://www.belajarmarketiva.com

Thursday, March 1, 2007

Trading di Streamster Marketiva

Apabila anda sudah download streamster ke PC anda dan sudah install maka kita sudah boleh mula trade (dengan FREE live USD5 dan Virtual USD10,000). Buka program Streamster anda dan akan keluar paparan begini. Login usernama dan password anda.

Selepas itu program akan mula dan akan kelihatan empat window utama, berikut adalah keterangan window tersebut.

1.Pada jendela pertama ini ada dua pilihan yaitu Forex Rates dan Latest News. (atas kiri) Jendela Forex Rates adalah untuk menampilkan nilai transaksi untuk mata wang yang berlaku saat ini;
Currency : menunjukkan pasangan mata wang
Last : menunjukkan posisi terakhir nilai dari pasangan matawang
Bid : menunjukkan nilai bila masuk dalam posisi order' sell'.
Offer : menunjukkan nilai bila masuk dalam posisi order 'buy'.
Change : nilai perubahan harga dari posisi buka hari ini.
High : nilai harga tertinggi yang di capai dalam hari ini.
Low : nilai harga terendah yang dicapai hari ini.
Time : waktu hari ini.

Sedangkan Jendela Lates News menampilkan berita-berita ekonomi dan mata wang yang terjadi hari ini, anda boleh gunakan sebagai dasar dalam membuat keputusan anda.

2.Pada jendela kedua ini ada dua pilihan yaitu Charting dan Discussions.

Jendela Charting menunjukkan grafik perubahan nilai sebuah pasangan mata wang, anda boleh merubah tampilan grafik ini dengan cara klik tombol kanan mouse anda pada gambar grafik, maka akan muncul pilihan berikut ini:




Untuk memilih pasangan mata wang.


Untuk memilih skala waktu pada grafik.




Untuk memilih transaksi buy atau sell.

Sila lihat perubahan yang terjadi, untuk pilihan transaksi buy atau sell akan diterangkan selanjutnya.

Jendela Discussions adalah untuk melakukan pembicaraan dengan sesama member Marketiva dan juga dengan Staf Support yang siap membantu anda , disini anda juga akan menemukan ruang diskusi khusus Malaysia dan Staf Support yang berbahasa Malaysia di bagian International Support.

Untuk menemukan ruang diskusi Malaysia anda harus klik dulu tombol Group dan klik kotak pada tulisan Malaysia, maka akan muncul jendela diskusi Malaysia.

3.Pada jendela ketiga ini ada dua pilihan yaitu Portfolio dan Alert.
Jendela Portfolio menunjukkan kodisi portfolio atau kewangan anda, disini anda boleh melihat transaksi forex yang sedang anda lakukan, berapa margin yang anda gunakan, jumlah keuntungan anda saat ini dan jumlah baki wang anda. Disini terbahagi kepada 2, Live Trading yang menggunakan wang 'betul' dan Virtual Trading yang menggunakan wang virtual.

Jendela Alert untuk memberitahu jika ada pengumuman yang penting yang akan berlaku.

4.Jendela keempat ini ada empat pilihan yaitu Orders, Trades, Positions dan Account Center.
Orders : Berisi catatan pesanan transaksi (order) yang pernah anda lakukan.
Trades : Berisi catatan perdagangan (trade) yang pernah anda lakukan.
Positions: Berisi catatan posisi anda saat ini baik yang masuk berlangsung. (open) maupun yang berhenti (stop).

Account Center
: Berisi detil account anda, data-data anda dan kondisi keuangan anda.

Wednesday, February 28, 2007

FOREX TRADING SYSTEM - Indicator - Moving Average (MA)


Panduan asas arah tuju pasaran berpandukan CHART/GRAPH, cara-cara setting chart ditunjukkan untuk platform Marketiva.

  • TimeFrame/TimeScale (TF) 30 minutes, Styles Candlesticks, EMA5 Biru, EMA20 Hijau dan RSI 14.
  • Pastikan save chart anda.

EMOSI SEORANG TRADER

Pengimplementasian CHART, tetapi lebih kepada aspek pengawalan emosi.. Kadang-kadang kita tengok seperti ada tanda-tanda line biru dan hijau ini akan bersilang. biasanya apa yang akan kita lakukan? kita akan masuk trade awal-awal dengan alasan tidak lama lagi kedua-dua line akan bersilang..

Apa alasan sekali pun, TOLONG JANGAN BUAT. Sewaktu trade, kita perlu jadi robot yang hanya menerima arahan berdasarkan signal. Lakukan trade JIKA signal silang dipenuhi. Kadangkala kita masuk awal dengan harapan tidak lama lagi kedua-dua line itu akan bersilang. kalau kita bernasib baik, syukur la. kalau tak? tersungkurlah kita!!!

Analoginya mudah, anggap CHART sebagai boss, trend market semasa sebagai kawan, diri sendiri sebagai pekerja. Untuk disayangi boss - kita kena ikut cakap boss - bila boss suruh trade - kita kena trade - selagi boss tak bagi arahan (signal) - jangan ngada-ngada nak memandai trade.

Memang kadang-kadang kita still boleh survive walaupun kita tak ikut cakap boss, tetapi takkan selamanya kita bernasib baik? Walaupun trend menunjukkan jangkaan kesatu arah, kita jangan percaya bulat-bulat. Kena tunggu juga arahan boss - boss is always right sebab dia yang bagi kita gaji... (betul lah kan? CHART ni yang bagi kita peluang untuk buat duit..)

Kawal emosi, jangan jadi nujum pak belalang..

dengan ehsan Sureheboh

Tuesday, February 27, 2007

GUIDELINES UMUM - FOREX TRADING

Hampir sebahagian besar trader profesional adalah trader yang BERDISIPLIN.
  1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
    - Bila anda akan masuk/keluar pasaran
    - Bila anda akan menjual kerugian
    - Dimana had maximum keuntungan anda
  2. Trend pasaran adalah teman
    Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa tr
    end pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.
  3. Fokuskan perhatian pada modal
    Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis ditelan margin sahaja.
  4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
    Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.
  5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
    Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target terc
    apai segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.
  6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
    Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!
  7. Buat catatan trading
    Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.
  8. Ketika was-was jangan masuk pasaran
    Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.
  9. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
    Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control.
  10. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
    Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
    Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit
  11. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
    Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.
  12. Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
    Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa ‘chart’, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu 'pivot', ‘support’ dan apa itu ‘resistant’ serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant.
  13. Gunakan salah satu ‘teknik’ yang betul-betul anda kuasai.
    Biasakan untuk menggunakan salah satu method (cara, kaedah) yang anda mampu kuasai untuk bermain forex. Anda boleh menggunakan indikator mudah seperti BGX, Vegas atau Sidus bersama RSI dan MACD.
  14. Mula dengan Virtual Trading
    Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex!

    Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir! Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.

    90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup! Money management sangat penting dalam bermain forex!
from Sureheboh

Sunday, February 25, 2007

FAQ.. Soalan asas/umum

ANALISA FA & TA

Apa itu Fundamental Analysis - FA?
Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui berita-berita atau faktor-faktor yang dirasa dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara.

Apa itu Technical Analysis - TA?
Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui pembacaan graph (chart) dan indikator harga pasaran yang telah dan sedang berlangsung.

Mana yang lebih baik fundamental atau technical?
Kedua-duanya menjadi petunjuk kepada para pakar forex dalam menentukan keputusan tetapi berdasarkan sejarah, Fundamental Analysis lebih tepat dibandingkan Technical Analysis. Dan jangan lupa juga adanya faktor psikologi pasaran yang harus difahami.

TITIK PIVOT
Apa itu titik pivot?
Pergerakan harga dimana harga tidak akan bergerak terlalu jauh dari titik tersebut dalam situasii naik atau turun dan tetap kembali ke harga tersebut.

Apa itu titik resistant ?
Titik harga dimana harga sulit menembusi batas level atas tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga akan dapat melonjak naik dengan lancar hingga menjumpai resistant selanjutnya.

Apa itu titik support?
Titik harga dimana harga akan sulit menembusi batas level bawah tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga akan mengalami penurunan cukup tinggi hingga menjumpai titik support berikutnya.

FOREX SIGNAL
Apa itu Forex Signal?
Ramalan pergerakan matawang yang difikirkan akan terjadi pada hari itu, mereka yang membuat forecast pada umumnya adalah mereka yang sudah expert, merasa expert atau mereka yang mahu berkongsi analisanya.

Contoh signal : Sell EUR/USD 1.1780 SL 1.1820 Target 1.1750

Berdasarkan signal di atas disarankan melakukan posisi sell terhadap EUR/USD pada order limit 1.1780, stop loss di 1.1820 dan target 1.1750

Ingat- harga itu adalah harga limit bukan harga market.

Ada orang mengatakan signalnya tepat 90%, apakah boleh dipercayai?
Ya, semua signal pada dasarnya adalah ramalan hasil analisa, tidak boleh dikatakan pasti tepat atau tidak tepat kerana belum terjadi, untuk menjadi panduan dalam bermain forex tidak salah tetapi jangan menjadikannya asas utama untuk memasuki pasaran kerana mungkin cara bertrading orang itu berbeda dengan cara anda.

PIPS
Apakah Pips?
Perubahan dalam matawang dipanggil pip.
Contoh : EUR/USD bergerak dari 1.2250 ke 1.2251, ia akan menjadi 1 pip. Pips inilah yang akan menjadi penentu sama ada anda win atau loss.

STOP LOSS & EXIT TARGET (TAKE PROFIT)
Apa itu Stop-Loss dan Exit Target (Take Profit)? - Bergantung kepada situasi BUY atau SELL
Stop-Loss ialah batasan harga terendah/tertinggi atau kerugian yang dapat anda tanggung.
Take profit ialah batasan harga terendah/tertinggi atau keuntungan yang anda kehendaki.
Apabila order anda terkena salah satu dari batasan itu, maka posisi anda akan tertutup automatik.

MARGIN CALLED
Apa itu margin called?
Keaadan genting yang mana duit di dalam akaun anda berada pada paras bawah margin (sangat kritikal), maka pihak broker akan menutup secara automatik posisi anda. Ini dilakukan untuk mengelakkan akaun anda dari negative.

BULLISH Vs BEARISH
Bullish-Berasal dari perkataan bull atau lembu jantan yang menunjukkan pergerakan pasaran harga bergerak naik /up.
Bearish -Berasal dari perkataan bear atau beruang yang menunjukkan pergerakan pasaran harga bergerak turun/down..

information from Sureheboh